Jumaat, 25 Julai 2008

Cara Mengekalkan tradisi melayu kita

Permaianan tradisional kian lama kian dilupakan. Jadi untuk mengekalkan tradisi melayu kita, kami telah memikirkan cara-cara permainan tradisional kami boleh dikekalkan supaya tidak akan dilupai olah zaman-zaman akan datang.

-Projek Sekolah

  • Guru-guru bahasa melayu boleh memberikan projek yang akan markah dikirakan untuk buku laporan murid-murid.
  • Dengan membuat demikian, pelajar-pelajar boleh memahami lebih tentang permainan tradisional melayu.
  • Pelajar tidak mahu gagal dalam buku lapora, jadi merekadikirakan 'terpaksa' membuat projek demikian.

-Peraduan-peraduan sekolah

  • Guru-guru sekolah juga boleh menganjurkan sebuah peraduan.
  • Dengan hadiah-hadiah yang menarik, pelajar akan cuba memasuk peraduan demikian.
  • Dengan membuat begitu, pelajar itu dapat memelajari tentang permainan yang telah dia buat kajian.

-Pameran-pameran di sekolah

  • Dengan memaparkan tentang informasi-informasi permaian tradisional, pelajar-pelajar dapat mengenal sedikit tentang permainan tradisionalnya.
  • Untuk menarik perhatian pelajar, pameran harus dihiasi dengan perhiasan yang berwarna-warni dan cantik.

-Mengadakan sebuah peraduan antara kelas.

  • Pelajar-pelajar akan bekerja berkumpulan supaya kelas mereka dapt hadiah.
  • Seperti peraduan-peraduan yang telh dicatatkan di atas, hadiah haruslah menarik perhatian pelajar-pelajar.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membuat kajian dan tahu semuanya tentang semua permainan tradisional melayu. Jikalau permainan tradisional melayu hendak dikekalkan, budak-budak zaman sekarang haruslah memberi bantuan supaya ia tidak akn dilupakan pada zaman-zaman akan datang.

Khamis, 24 Julai 2008

Guli (Cara Bermain)

-Menentukan Giliran
  • Setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk.
  • Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau paling dekat dengan lubang tersebut adalh pemain yang pertama memulakan permainan.
  • Diikuti dengan guli-guli yang kedua hampir dan sebagainya.

-Bermain


Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Guli (Sejarah & Persiapan)

Permainan guli, juga dinamakan Kelereng, adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh budak-budak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang tuduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becek, permainan guli tidak mengasyikkan kerana buah guli akan lengket.

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Peran Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diaduk dengan semen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahn kaca dengan ukuran yang beragam, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.

Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapng paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

Gelanggang:

  • Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garispusat 1m.
  • Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekkukan di tengah-tengah bulatan.
  • Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
  • Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
  • Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
  • Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Khamis, 17 Julai 2008

Cari Cucu (Lengkap)

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka.
Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.

Menentukan Nenek
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Permainan Cari Cucu
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian
Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucu di mana berada.
Nenek kahwin dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian
Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tuabanyak sakti.
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.

Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.


Dipetik dan diubah suai dari - http://malaysiana.pnm.my/03/0304cari_cucu.htm

Selasa, 15 Julai 2008

Teng-Teng (Cara Bermain)

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Membina Rumah
Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan.
Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.