Batu seremban adalah antara satu permainan tradisional yang saya gemari. Saya terpengaruhi dengan permainan ini apabila terlihat saudara-mara saya bermain semasa bulan puasa. Mari saya menceritakan sedikit tentang sejarahnya.
Tahukah anda bahawa batu seremban juga digelar sebagai Batu Serembat atau Permainan Selambut. Permainan ini digemari oleh budak-budak kecil ataupun kanak-kanak perempuan, walaubagaimanapun, dewasa-dewasa dan kanak-kanak lelaki tetap bermain batu seremban.
Batu Seremban diperbuat daripada kain yang dijahit dan berbentuk seperti segi tiga. Ia diisi dengan benda yang kecil yang dimuatkan ke dalam kain tersebut seperti benih kacang hijau, batu kecil dan sebagainya. Seketul batu seremban dikenali sebagai buah. Pada zaman dahulu, orang-orang melayu menggunakan benda yang kecil untuk dijadikan buah. Antara objek-objek yang digunakan adalah biji getah dan ketulan batu kerikil sederhana besar.
Permainan ini sering dimain oleh kanak-kanak zaman dahulu pada masa lapang mereka di tanah yang lapang, serambi rumah atau dimana-mana sahaja mereka mahu bermain. Kini, permaianan ini jarang dimain oleh kanak-kanak zaman sekarang kerana teknologi semakin hari, semakin canggih. Mereka bermain dengan PSP, Nintendo DS dan sebagainya.
Batu Seremban ada caranya untuk bermain tetapi untuk sekarang, kami cuma memberikan lebih informasi tentang permainan Batu Seremban.
Dipetik dan diubah suai dari http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan