Khamis, 24 Julai 2008

Guli (Sejarah & Persiapan)

Permainan guli, juga dinamakan Kelereng, adalah permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh budak-budak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang tuduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becek, permainan guli tidak mengasyikkan kerana buah guli akan lengket.

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Peran Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diaduk dengan semen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahn kaca dengan ukuran yang beragam, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.

Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapng paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

Gelanggang:

  • Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garispusat 1m.
  • Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekkukan di tengah-tengah bulatan.
  • Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
  • Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
  • Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
  • Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.

Tiada ulasan: