Khamis, 10 Julai 2008

Batu Seremban (Cara Bermain)

Batu seremban ada cara bermainnya. Seperti permain lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban ada lapan peringkat.

Buah Satu:

  • Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai.
  • Lambung seketul batu seremban ke atas sambil mengambil seketul batu seremban di bawah.
  • Tangkap batu yang dilambung sebelum ia jatuh ke lantai. Buat begini untuk semua batu di atas lantai.

Buah Dua:

  • Ulangi Batu Satu tetapi kutip dua batu dalam satu masa.

Buah Tiga:

  • Ulangi Buah Satu.
  • Kali kedua batu seremban dilambung, kutip ketiga-tiga batu seremban di lantai.

Buah Empat:

  • Ulangi Batu Satu tetapi ambil kesemua batu seremban di lantai

Buah Lima:

  • Genggam kelima-lima batu seremban.
  • Lambungkan seketul batu seremban ke atas dan letakkan batu seremban yang digenggam ke lantai.
  • Tangkap batu yang dilambung dan ulangi Batu Empat.

Buah Enam:

  • Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai.
  • Ambil dua batu.
  • Lambung satu batu ke atas sambil menukarkan batu seremban dalam genggaman dengan satu lagi batu yang terletak di atas lantai.
  • Buat yang sama untuk batu-batu yang lain.

Buah Tujuh:

  • Sambung pada Buah Enam.
  • Lambung dua batu yang terletak di akhir peringkat enam.
  • Kutip satu batu dengan tangan kanan dan tangkap batu yang akan jatuh di tangan yang berlainan.
  • Buat begini sehingga ada tiga batu di dalam tangan kiri dan dua batu di dalam tangan kanan.
  • Lambung kedua-dua batu di tangan kanan dan tangkap seketul batu seremban di tangan kiri dan seketul di tangan kanan.
  • Lambung batu-batu yang di tangan kanan dan tangkap dengan tangan yang ada empat batu.

Buah Lapan:

  • Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.
  • Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
  • Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
  • Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus

Timbang:

Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

  • Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.
  • Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
  • Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
  • Tangkap batu seremban yang ada di tangkap
  • Batu yang dapat ditangkap = 1 mata
  • Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.

Tamat Permainan:

  • Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
  • Jikalau ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

Dipetik dan diubah suai dari http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm

Tiada ulasan: