Selasa, 15 Julai 2008

Chapteh (Cara bermain)

Pada hari ini kami akan menerangkan cara-cara untuk bermain permainan chapteh.

Sebelum permainan ini di mainkan, giliran ditentukan dengan undian yang dijalankan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah cara undian untuk menentukan siapa yang bermula dahulu dan mengikut urutan. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut.Sepakan tidak dibenarkan dalam pemainan ini. Jika ia berlaku, pemain tamat gilirannya. Ia juga dikirakan mati. Ia juga boleh dikatakan mati jikalau bola jatuh ke tanah.

Bermain Capteh:

  • Pemain mestilah menimbang bola tanpa berhenti
  • Pemain mestilah menimbang tanpa mati dengan seberapa banyak timbangan yang dilakukan.
  • Pemain yang mendapati mata yang rendah kalah dan harus didenda.
  • Pemain yang kalah haruslah melambungkan capteh kepada pemenang.
  • Pemenang pula harus menimbang sebanyak tiga kali.
  • Jika pemenang gagal menimbang, tiada denda yang dikenakan kepada pemain yang kalah.
  • Jika pemenang berjaya menimbang, pemain yang kalah dikenakan denda.
  • Permainan lepas ity, berlangsung.
  • Pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

Tiada ulasan: