Permainan chapteh ini juga dikenali sebagai bulu ayam, sepak bulu ayam atau sebuyam. Biasanya, permainan ini dimain oleh kanak-kanak lelaki di luar rumah. Permainan ini juga boleh dimainkan secara bersekumpulan. Chapteh, permainannya sama seperti sepak raga hanya bola yang digunakan berbeza. Chapteh menggunakan bola yang berbulu ayam dan telah dibentuk dari sejambak bunga. Sepak raga pula menggunakan bola diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Cara membuat Chapteh:
~Bahan asas:
- 3 atau lebih helai bulu ayam
- 1 Batang paku sederhana besar
- Kepingan tiub tayar yang dibentuk bulat (antara 4 sentimeter diameter)
- Jenis gam yang kuat
- Garispusat
- Getah skrap/ Getah gelang
- Cucukkan paku hingga menembusi di tengah-tengah kepingan-kepingan tiub yang telah dibentuk bulat.
- Lekatkan beberapa helai bulu ayam yang sama panjang disekeliling paku tersebut dengan menggunakan sejenis gam yang kuat. Biarkan supaya dapat dikeringkan.
- Ikat bulu ayam tersebut menggunakan getah skrap atau getah gelang dengan kemas
- Akhinya, Chapteh sudah dapat dimain.
Seperti permainan tradisional lain, mestilah ada cara bermain untuk permainan tersebut tetapi kami akan berhenti disini sahaja untuk hari ini.
Dipetik dan diubah suai dari http://malaysiana.pnm.my/03/0303bulu_ayam.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan